Ziarah Cairo
Ziarah Cairo
Ziarah Cairo
Ziarah Cairo
Harga dari RM8,xxx RM6,990

Imtiyaz Travel & Tours membawa jemaah menjelajah ke kota-kota bersejarah, menghayati dan merasai suasana kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu dengan Umrah Transit & Ziarah Cairo kali ini.

Kaherah adalah sebuah bandar yang terbesar di Mesir yang dilalui Terusan Sungai Nil. Ditengah-tengah bandar Kaherah terdapat Tahrir Square dan Egyptian Museum.Berdekatan dengan Giza adalah tapak Piramid Ikonik dan Great Sphinx.

Dari jauh kelihatan Masjid Al-azhar yang menjadi keagungan dan kebanggaan orang mesir dan dunia Islam. Disinilah tempat lahirnya ulamak-ulamak yang menyambung tugas dakwah nabi-nabi yang terdahulu sehingga pada hari ini kita dapat merasakan nikmat iman dan Islam hasil dari usaha yang mereka curahkan.

  • 3 HARI MADINAH
  • 3 HARI MEKAH
  • 5 HARI CAIRO

Sultan Qanshuh Al-Ghury Al-Mamluki membangunkan menara yang mempunyai dua kepala yang merupakan Masjid Al-Azhar yang paling tinggi pada tahun 1190H/1776H. Menara ini merupakan menara Masjid Al-Azhar yang unik menjadi ciri Dinasti Mamluk. Masa inilah masa terakhir di dalam dinasti kerajaan mamluk. Waktu masjid ini dibuka terbentuk shohn meniru gaya masjid Al-haram. Didalamnya terdapat 3 ruwaq mempunyai pelbagai kegunaan pentadbiran, pembelajaran dan pustakaan ilmu. Tahun 800H/1360 menara masjid telah runtuh dan diperbaiki oleh Sultan Burquq dibiayai mengunakan wangnya sendiri dan sekali lagi pada tahun 817 dan 827H /1414 -1423m.

  • Untuk pakej rombongan berkumpulan minimum 25 ke atas
  • Tertakluk pada terma & syarat serta perubahan tanpa notis.
  • Jumlah malam tertakluk kepada jadual terkahir tiket kapal terbang.
  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Pengurusan Visa Umrah
  • Mutawwif pengiring dari Malaysia.
  • Kursus bimbingan Umrah di Tanahair.
  • Cenderahati kelengkapan Umrah Imtiyaz Travel.
  • Hidangan makanan buffet ekonomi/packing/layan diri di Mekah dan Madinah.
  • Skim takaful.
  • Kenderaan sepanjang di Arab Saudi.
  • Air Zamzam 5 liter.
  • Tiket kapal terbang domestik.
  • Hotel transit di perjalanan (kecuali pelanggan tiket domestik Imtiyaz Travel.
  • Kemudahan peribadi seperti dobi, troli, telefon hotel dan sebagainya.
  • Tambahan yang tidak dinyatakan di dalam tawaran pakej.
Hari Destinasi Aktiviti
1 Kuala Lumpur/Madinah Jemaah berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa bertolak. Selesai urusan daftar masuk Jemaah berle- pas ke Madinah jam 14:00 pm menaiki pesawat Saudi Airlines dan dijangka tiba pada jam 17:00 pm esok waktu tempatan. Selepas mendaftar masuk hotel dan berehat seketika, jemaah akan dibawa ziarah ke Maqam Rasululllah SAW dan mengunjungi Raudhah.
2 Madinah Jemaah dibawa melawat dengan bas ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh dan Kebun Kurma/Pasar Kurma.
3 Madinah/Kaherah Acara bebas di Madinah. Jemaah di hantar ke lapan- gan terbang Madinah di sebelah petang. Setelah sele- sai urusan di lapangan terbang, Jemaah berlepas ke Kaherah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines pada jam 16:40 pm.
4 Kaherah Jemaah akan dibawa mengenali Kompleks Penem- patan Pelajar Malaysia di Hayyu Asyir, Kaherah dan Unknown Soldier Memorial serta The Late President Sadat Tomb sebelum menuju ke hotel. Sebelah petang, Jemaah akan dibawa melawat 3 Pyramid, Spinx, Valley Temple, Galery Papyrus dan Kilang Perfume di Giza.
5 Iskandariah Selepas sarapan, bertolak ke Bandar Iskandariah (Alexandria) dengan menaiki bas. Di sana Jemaah dibawa melawat ke beberapa destinasi menarik seperti Istana King Farouk dan Montazah Garden, Roman Theater, Kubu Qait Bay, Bibliotheca Alexan- drina (perpustakaan di Alexandria), Makam Nabi Daniel dan Loqman El Hakim, Masjid Morsi Abu El Abbas . Setelah selesai membuat lawatan di Alexan- dria, bertolak pulang ke Kaherah.
6 Kaherah Selepas sarapan, Jemaah di bawa melawat Bandar Lama Mesir meliputi Masjid Al Azhar,Masjid Hussein dan membeli belah di Bazar Khan Al Khalili. Seterus- nya menuju ke Kubu Sultan Mohamad Ali di Bukit Muqattam, Maqam Imam Shafei dan Masjid Amru bin Al Ass. Selepas makan tengah hari Jemaah dibawa ke Egyptian Antique Museum sebelum meny- usuri kedamaian Sungai Nil dengan bot felucca.
7 Kaherah/Jeddah/Mekah Acara bebas di Kaherah. Seterusnya, jemaah akan dibawa ke airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah jam 12:30 pm. Berniat ihram Umrah 1 di dalam pesawat ke Jeddah. Dijangka mendarat di lapangan terbang Jeddah jam 15:45 pm. Selesai urusan di lapangan terbang, Jemaah terus ke Mekah. Setelah rehat seketika di hotel, Jemaah dipandu untuk menyempurnakan Umrah 1.
8 Mekah Aturcara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram bersendirian atau aktiviti bersama Mutawwif.
9 Mekah/Jeddah Jemaah dibawa ziarah dengan bas ke beberapa destinasi bersejarah sekitar Mekah seperti Jabal Thur,Jabal Rahmah dan Jabal Nur. Turut melalui lokasi umat Islam menunaikan fardhu Haji seperti ke Padang Arafah , Muzdalifah dan Mina sebelum ke Miqat Jaaranah untutk berniat Umrah 2.
10 Jeddah Acara bebas. Seterusnya, jemaah akan mendaftar keluar dari hotel dan dibawa mengerjakan tawaf wida'. Seterusnya, jemaah akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah. Jemaah pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Saudi Airlines pada jam 23:00 pm.
11 Kuala Lumpur Dijangka tiba di KLIA bersama kenangan manis di Tanah Suci

Umrah Transit & Ziarah

Rasai suasana kegemilangan Islam menjelajah ke kota-kota bersejarah

Deposit Mudah Umrah

Kami menyediakan plan pembayaran secara ansuran melalui auto debit bank

Takaful

Insurans perjalanan dan skim takaful turut disertakan dalam pakej Imtiyaz

Cenderahati

Kami menyediakan cenderahati kelengkapan Umrah kepada setiap jemaah