Latar Belakang

Imtiyaz berasal dari perkataan Arab yang bermaksud KECEMERLANGAN dan BERKUALITI.Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 26 Disember 2005 dan bergerak secara aktif bermula dari bulan Januari pada tahun 2006.

maklumat lanjut

Objektif ITTSB

Sebagai sebuah Agensi Pelancongan yang terkemuka dan menjadi pusat pembelajaran yang utama kepada pegawai-pegawai jualan, Imtiyaz Travel & Tours kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi Agensi Pelancongan yang dihormati.

maklumat lanjut

Perkhidmatan

Ketepatan dan keserasian adalah dua daripada banyak perkara yang kami di Imtiyaz Travel & Tours utamakan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan kami. ITTSB menyediakan kemudahan pakej melancong kepada individu dan berkumpulan serta pelanggan korporat.

maklumat lanjut
Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Imtiyaz bersal dari perkataan Arab yang bermaksud kecemerlangan. Mengambil semangat untuk mempersembahkan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd terus bangkit untuk berperanan aktif di dalam industri pelancongan bagi menyediakan perkhidmatan dalam bidang Pelancongan Domestik (inbound), Pelancongan Luar Negara (outbound) dan Tiket Penerbangan. Semenjak ia ditubuhkan, Perkhidmatan dan operasi Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd bergerak di atas paksi yang sama iaitu berhasrat menyediakan platform untuk pelanggan kami mengembara dengan SELAMAT, SELESA, SYUKUR dan menepati tujuan mereka mengembara.

Selaras dengan itu kami melancarkan satu tema iaitu " Kami Uruskan Anda Ke Sana " agar semua pelanggan kami tidak merasa gusar tentang hasrat mereka untuk kemana-mana destinasi seantero dunia. Dengan kemudahan sistem tempahan tiket penerbangan sendiri di ibu pejabat kami, sudah tentu ia lebih memudahkan urusan kami menyempurnakan kehendak pelanggan kami.

Umrah dan destinasi ke tanah Suci Mekah & Madinah serta lawatan ke negara-negara Timur Tengah adalah kepakaran kami. Dengan pengalaman melebihi sepuluh tahun serta pengalaman Pengarah Urusan sendiri yang pernah menyambung pelajaran di Kaherah, Mesir selama sembilan tahun. Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd adalah ejen rasmi yang berdaftar di bawah Kementerian Wakaf dan Haji Arab Saudi dengan termeterai perjanjian dengan Muassasah Mazaya di Arab Saudi bagi mengendalikan visa jemaah umrah Malaysia mengerjakan umrah.
Imtiyaz Travel & Tours adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi pengendali aktiviti pelancongan dan pengembaraan anda sama ada bersifat persendirian atau berkumpulan kerana kami mampu dan pakar dalam industri ini sama ada pelancongan Ibadah untuk Umrah mahupun pelancongan biasa dalam dan luar negara.